Pasar tani di Malaysia Pasar_tani

Pasar tani diwujudkan khusus di Malaysia berjaya mengatasi masalah orang tengah yang mengambil untung berlebihan terhadap petani, peladang, penternak dan nelayan. Pasar tani bersaing dengan pasar basah, pasar pagi dan pasar malam . Pasar tani di Malaysia diadakan pada waktu pagi sahaja dan ditadbi oleh FAMA. Diwujudkan pada 1985, Pasar tani telah berusia lebih 25 tahun.

Beberapa tempat yang sesuai dan mudah akses oleh orang ramai telah dipilih . Pemilihan lokasi bergantung kepada hasil kajian FAMA terhadap potensi setempat, kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan dan bilangan penyertaan usahawan niaga yang mahu berjual beli di situ. Pasar tani yang paling popular terletak di Shah Alam.

Pada 14 Jun 2009 , contohnya terdapat 21 buah pasar tani yang beroperasi di Negeri Sembilan membabitkan 898 usahawan niaga. Sambutan yang baik dari orang ramai, pasar tani akan dibuka di Juasseh di Kuala Pilah, Taman Permai (Lukut, Port Dickson), Felda Jelai (Gemas), Pedas (Rembau) dan pusat rekreasi Ulu Bendul (Kuala Pilah).

Usahawan tani ini dapat kemahiran untuk memasarkan barangan mereka. FAMA menyediakan payung khusus untuk mereka. Peluang pekerjaan dalam perniagaan kecil dapat dikembangkan . [1]